Sunday, 20 November 2011

FINAL....FINAL EXAM..=)

Assalamualaikum semua..

FINAL EXAM
ok..tak tahu nak cakap apa...hehe..cuma doa kan cik tin yer...dah nak exam ni, final exam for second year, first sem bachelor of physiotherapy student


subjek yang cik tin belajar sem ni :
  • movement therapy 1
  • electro physical agents 1
  • fundamentals of medicine & surgery
  • malaysian studies
  • information computer technology
Alhamdulillah..so far, sem ni ok sikit dari sem lepas..sem lepas tak payah cakap la, subjek-subjek semua nyer tough..perghhhh..

so, GOOD LUCK for myself and my classmate..do our best..ok!!!..=)






Thursday, 10 November 2011

PARACETAMOL...oh..PARACETAMOL

Assalamualaikum semua..


MOOD : DEMAM..=(


cik tin demam ni..ada sesiapa nak bagi bubur tak..hehe

tak ada selera la nak makan banyak-banyak (tapi, dah bedal ayam KFC..hehe)

biasa la kan..setiap kali demam, korang mesti makan panadol kan untuk kurang kan sakit kepala, panas badan dan sebagainya.


TAPI......cik tin TAK BOLEH MAKAN PANADOL..jeng3

kenapa?...badan cik tin tak dapat terima paracetamol (kandungan yang ada dalam mana-mana panadol)..kecian tak..huk3


so, untuk menghilangkan kesakitan ini, cik tin minum air 100 PLUS..air isotonik tu..fuhhh..lega la cket..kalau demam ke, tak sihat badan ke, cik tin cepat-cepat minum air 100 PLUS..

cik tin paling suka yang berperisa lemon (warana hijau)..best..=)=)
semoga cik tin cepat sembuh..(tuk diri sendiri pula)

dah dekat final exam ni..nervous..demam tak kebah lagi..selesema lagi..batuk..aduiii..








Sunday, 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat menyambut hari raya aidiladha semua..=)
tahun ini, pertama kali cik tin tak beraya di rumah..sedih nya..=(
tak ape, cik tin berkorban sedikit untuk raya kali ini, cuti tak panjang, lagipun baru minggu lepas cik tin balik kampung, cuti seminggu untuk perayaan Deepavali..hehe

Ape sebenarnya hari raya aidiladha?..ape yang disambut ketika perayaan ini..untuk kawan-kawan yang beragama Islam mungkin dah tahu..so, cik tin nak berkongsi sedikit ape sebenarnya hari raya aidiladha ini dengan semua kawan-kawan cik tin yang beragama selain daripada agama Islam..=)




Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Di harapkan penerangan serba sedikit mengenai perayaan aidiladha ini dapat lah kawan-kawan semua memahami apa sebenarnya perayaan hari raya aidiladha ini..=)

Monday, 24 October 2011

buah hati Cik Tin..=)





tadaaaaaaaaaa...ni la buah hati Cik tin..=)=)...cute kan...=]=]
kucing-kucing Cik Tin semua nyer berasal daripada Parsi
sekarang, kat rumah Cik tin dah ade 8 ekor kucing..banyak kan..=)

GANU NELANG~~



Assalamualaikum..

First, cik tin mintak maaf sangat-sangat sebab dah lame tak update blog, rase-rase nyer dah dalam 2 bulan kot..hehe..maklumlah sibuk dengan assigment, test dan sewaktu dengan nyer..so, cuti seminggu ni la cik tin ada sedikit mase..=)

so, berbalik pada tajuk entry ini, 'ganu nelang'..hehe..tuk pengetahuan semua, cik tin berasal daripada terengganu (ada kaitan ke..hehe)

pada 22 Oktober 2011, pasukan bola sepak Terengganu telah berjaya mara ke pentas final Piala Malaysia 2011 setelah menang agregat 4-1 ke atas Selangor

tahniah untuk pasukan bola sepak Terengganu kerana sekali lagi berjaya ke peringkat final pada musim ini setelah berjaya ke peringkat final pada Piala FA hari itu dan telah berjaya membawa pulang piala FA ke Terengganu. Semoga Piala Malaysia juga menjadi milik kita

~Semarak Darul Iman, sokongan sepanjang zaman~




Tuesday, 23 August 2011

saya budak baru belajar..=)


Assalamualaikum wbt...
Alhamdullilah..akhirnya terhasil nyer sebuah blog dari saya..hehe.. actually,this is second assgment for ICT..buat blog..aduiii time Puan Widura, lecturer ICT cakap, kene buat blog tuk second assgment, rase dh nk jatuh dh "mandible" ni..ternganga..hak3.. bukan ape..cik tin ni jenis yang suke jadi silence reader jer..banyak jugak la blog2 yang cik tin dh stalker..so, bile dah ad blog sendri ni, InsyaAllah, cik tin akan jage elok2..cewahhh..=) n....saya budak baru belajar..slah silap tolong betul kan..ni pn,banyak kekurangan, cik tin x tau sgat psal blog ni, kene slow2..huhu..=)
wassalam..
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |