Sunday, 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat menyambut hari raya aidiladha semua..=)
tahun ini, pertama kali cik tin tak beraya di rumah..sedih nya..=(
tak ape, cik tin berkorban sedikit untuk raya kali ini, cuti tak panjang, lagipun baru minggu lepas cik tin balik kampung, cuti seminggu untuk perayaan Deepavali..hehe

Ape sebenarnya hari raya aidiladha?..ape yang disambut ketika perayaan ini..untuk kawan-kawan yang beragama Islam mungkin dah tahu..so, cik tin nak berkongsi sedikit ape sebenarnya hari raya aidiladha ini dengan semua kawan-kawan cik tin yang beragama selain daripada agama Islam..=)




Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Di harapkan penerangan serba sedikit mengenai perayaan aidiladha ini dapat lah kawan-kawan semua memahami apa sebenarnya perayaan hari raya aidiladha ini..=)

2 comments:

  1. chalin : dop..tahun ni tak beraya kat kampung..raya kat KL jer..sob3..=(

    ReplyDelete

 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |